Wednesday, December 29, 2010

thanks for the memories two zero one zero

seumpama menaiki roller coaster. teruja tapi takut, menyesal tapi berbaloi, sampah tapi berharga. banyak lagi oxymoron yang mungkin dapat aku luahkan di sini bagi menggambarkan apa yang telah ku lalui sepanjang tahun yang keramat ini tetapi, cukuplah sekadar tiga sahaja untuk buat ia nampak lebih eksklusif di mata pembaca lagi bermakna bagi hati mereka. cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan, semuanya insyaAllah sedikit sebanyak memberi perubahan yang positif kepada diriku yang naif akan dunia realiti. akan ku sematkan slogan syarikat pembikin upin dan ipin ; last kopek - les copaque yang membawa logo katak di atas tempurung. dari ikatan persahabatan, ke talian persaudaraan, sehinggalah hubunganku bersamamu tuhan, semoga semuanya akan bertambah utuh dari semasa ke semasa. bak datang 2011 :)

Tuesday, December 28, 2010

bila lagu meet uncle hussain bermakna

scene 1, 06/12/2010 :

aipong bergetar sambil mengeluarkan nada dering telefon klasik. 

" nak kerja? gaji rm1k lebih " 
" aku pokai sekarang " 
" okay, kerja ngan ayah aku esok jom " 
" baik " 

dengan naifnya aku ditipu seperti tipah sesenang begitu hanya dengan umpanan duit. tidak sekali terlintas langsung di benak fikiranku yang aku akan melangkah ke alam pekerjaan yang tidak wajar dan sesuai untuk seorang pelajar yang suci, muda dan tidak berlemak seperti diri ku sendiri ini

scene 2, 07/12/2010 :  

maal hijrah, awal muharram, cuti awam, hari pertama aku bekerja. aku ditipu lagi. mungkin ini memang takdir tuhan sebagai persediaanku menghadapi panggilan atas pada hari-hari yang kan mendatang sambil ku bergelar doktor. berpakaian kemas, segak memanglah bukan kegemaranku, akan tetapi hanya demi memenuhi kriteria yang telah dinasihatkan berulang-ulang kali oleh si kaunselor berbadan besar di perut sekolah lama ku di ipoh, aku sekali lagi tertipu sesenang indonesia menuding jari ke penyokong harimau malaya yang menggunakan sinaran mulut laser sebagai alasan kekalahan mereka di perlawanan final pertama AFF Suzuki Cup 2010

scene 3, 08/12/2010 until 28/12/2010 :

letih juga. tak berpeluh pun padahal. dari ktm, ke lrt, ke kancil, ke myvi, ulang-alik setiap hari dari bandar utama yang sebelum ini aku hanya mampu jejakkan kaki 2 kali kini telah menjadi tempat permainan ku. nasi lemak makcik gila bole di sebelah al-saffa akan terpahat menjadi kenangan terindah meskipun sempat meracuni perutku pada hari terakhir ku. kerenah rakan-rakan sekerja yang sememangnya jauh lebih berumur dari aku kadang-kadang mencuit hati ku di samping menyentuh perasaan pada masa yang sama. ketidak puasan hati, perasaan memberontak, semuanya sentiasa bermula awal lagi dari dalam perjalanan ke bangunan first avenue itu pada pagi hari sehinggalah pada malam hari di mana si bos akan belanja hamba-hamba kerjanya. hari terakhirku tiba dan pada sepuluh minit terakhir itu, perasaan yang aku tidak pernah sangka akan hadir tiba-tiba memunculkan diri. hatiku bagaikan sedih tidak berlagu, menangis tidak berair. 'akak-akak' yang aku hanya ber'aku engkau' untuk tempoh masa hampir sebulan semuanya menutup muka, menahan perasaan, serta melindung emosi yang sebenar dengan lawak yang hambar dan kata-kata yang spontan. meski aku dapat melihat kemerahan mata masing-masing, aku hanya mampu senyum menandakan tanda terima kasih atas memberi ku pengalaman yang sangat luar biasa bagi seorang pelajar yang tidak cukup matang seperti ku untuk rasa.