Friday, November 12, 2010

tiada lagi

aku dah kata aku sunyi. aku bagitahu kau, kau bagitahu orang. apa nak buat? baik aku bagitahu semua orang


sekolah raja muda seksyen 4 & sekolah rendah agama seksyen 3, shah alam
waktu ini aku masih mentah. jangankan kata nak mengenal dunia, bahkan nama sendiri pun baru ku nak kenal. 6 tahun berlalu, semua berpisah. mengambil haluan masing-masing, sumpah ku menyesal hingga hari ini sebab tidak berkesempatan mengenali dengan lebih dekat kesemuanya. yang paling ku menyesal adalah tidak mengenali rakan karib ku sendiri. i took you for granted. tuhan lebih menyayangi kau, kawan

sekolah tuanku abdul rahman, ipoh
berani. aku berani mencuba benda baru. aku berani mendekati mereka yang berloghat pekat negeri masing-masing, mereka yang mengamalkan gaya hidup kampung halaman masing-masing,mereka yang berpersonaliti aneka ragam. mereka umpama jutaan jenis warna di dalam dunia ini dikumpulkan di bawah satu bumbung. dan aku, aku adalah hasil campuran semua jenis warna-warna itu. mereka ini lah yang sebenar-benarnya membentuk aku menjadi apa yang orang di sekeliling ku lihat ada pada diriku kini. walau langit tak selalunya indah, ia juga tak selalunya hujan. aku hargai setiap dari mereka walau apa yang terjadi pada masa yang akan datang. kehadiran hanya satu jantina sahaja membuat semuanya lebih bermakna. dari utara, selatan, timur dan barat mereka datang untuk berkumpul di alma meter ini, ke situ jugalah mereka pulang setelah 5 tahun berjuang bersama-sama. tiada lagi gelak ketawa, menangis sedih, jeritan amarah dapat dikongsi bersama. pulanglah aku keseorangan ke shah alam

kem plkn princess haliza, sepang
kejutan budaya dan dunia sebenar. 2 istilah yang paling tepat yang mampu ku memperkatakan daripada pengalaman yang ku alami di sini. kehadiran pelatih-pelatih dari sabah dan sarawak membuat semuanya lebih menarik. kematangan yang telah tersemat di dalam diri masing-masing sebelum aku mengenali mereka membuat tarikan antara kami tidak serapat aku bersama rakan-rakan ku di 2 tempat sebelum ini. akan tetapi, di sinilah sebenarnya tempat ku mengenali dunia realiti. kadang kala dunia ini boleh ku katakan indah khabar dari rupa. walau hanya 3 bulan ku jejak kaki di sini, banyak impak yang besar telah ku terima. seperti biasa, aku pulang ke bandar halaman ku keseorangan

international education centre, shah alam
diriku kerdil. berdiri di bawah satu bumbung dengan ratusan pelajar yang mempunyai kualiti intelektual lebih tinggi dari aku sekiranya berdasarkan keputusan peperiksaan besar yang telah kami semua duduki pada satu masa yang lalu. setelah diamati, aku sedar, setiap satu dari kesemua pelajar di sini mempunyai personaliti tersirat. kiranya satu hari itu, aku dimarahi teruk oleh salah seorang dari mereka hanya kerna berborak dan gelak ketawa di tengah malam. aku memandang serong pada beliau untuk satu jangka masa yang agak panjang. akan tetapi setelah mengenali hati budinya, aku dapat rasakan personalitinya lebih menarik dari diriku yang kerdil ini. ku amati-amati lagi kesemua diri pelajar yang lain termasuklah yang berlawanan jantina dengan ku,dan hasilnya? semuanya mempunyai personaliti yang tidak ditonjolkan keluar. apa yang berada di luar tidak langsung sama sekali dengan yang di dalam. each and every one of them have their own story,what's your story? hal ini membuat aku lebih tertarik untuk mengenali mereka semua lebih mendalam. bukti bagi setiap dari mereka untuk menjejak kaki ke sini terpancar di dalam keputusan masing-masing yang secara tak langsung memberi aku semangat yang luar biasa untuk menghadapi kehidupan di sini. namun, keadaan di sini berbeza dengan di ipoh. keadaan di sini berbeza dengan di sepang. di sini tempat ku belajar, di sini jugalah tempat tinggal ku. mereka hadir ke sini, kemudian mereka pulang. mereka temani aku di sini, mereka tinggalkan aku di sini

keseorangan aku di sini, masih, dari dulu, hingga kini. kawan, sahabat, teman, rakan semuanya mempunyai haluan masing-masing. kita tidak tahu apa yang bakal menimpa kita. walau kau berada sedekat di negeri ku sendiri, atau pun sejauh di sisi lain dunia, kau kan selalu ku hargai, sentiasa

Wednesday, November 10, 2010

topeng manusia

ada dua jenis manusia yang paling aku benci kat dunia ini, yang hipokrit dan yang bertopeng

once upon a time during national service,

we are told to have masks. topeng yang perlu kita pakai bersesuaian dengan keadaan. topeng yang sentiasa senyum, topeng yang sentiasa bermuka sejuk, topeng yang sentiasa mengeluarkan kata-kata manis untuk bos.

tapi bila topeng itu dibuka, kata-kata kesat dikeluarkan. mengumpat dijadikan perkara biasa. pisau tajam disediakan untuk menikam rakan seperjuangan dari belakang


dan ku terfikir, 
aku adalah aku yang sentiasa dan akan kekal setia menjadi aku. 
aku tidak perlu berpura-pura untuk dapat pujian. 
aku tidak perlu berpura-pura untuk dapat kawan. 
dan sudah pasti aku tidak perlu berpura-pura untuk mendapat cinta


tapi...

itu aku, orang lain?


alangkah indahnya dunia ini kalau manusia mampu berterus-terang. berterus-terang tanpa rasa kesal, tanpa rasa malu. berterus-terang dengan rasa bangga, dengan rasa suka. tak ada hati terluka, hanya hati yang lega

"it's better to tell the truth poorly, than to lie well"
                                                                                             - david christiansen -


ada dua jenis manusia yang paling aku benci kat dunia ini, yang hipokrit dan yang bertopeng. come to think of it, both of them are the same -.-