Wednesday, December 29, 2010

thanks for the memories two zero one zero

seumpama menaiki roller coaster. teruja tapi takut, menyesal tapi berbaloi, sampah tapi berharga. banyak lagi oxymoron yang mungkin dapat aku luahkan di sini bagi menggambarkan apa yang telah ku lalui sepanjang tahun yang keramat ini tetapi, cukuplah sekadar tiga sahaja untuk buat ia nampak lebih eksklusif di mata pembaca lagi bermakna bagi hati mereka. cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan, semuanya insyaAllah sedikit sebanyak memberi perubahan yang positif kepada diriku yang naif akan dunia realiti. akan ku sematkan slogan syarikat pembikin upin dan ipin ; last kopek - les copaque yang membawa logo katak di atas tempurung. dari ikatan persahabatan, ke talian persaudaraan, sehinggalah hubunganku bersamamu tuhan, semoga semuanya akan bertambah utuh dari semasa ke semasa. bak datang 2011 :)

Tuesday, December 28, 2010

bila lagu meet uncle hussain bermakna

scene 1, 06/12/2010 :

aipong bergetar sambil mengeluarkan nada dering telefon klasik. 

" nak kerja? gaji rm1k lebih " 
" aku pokai sekarang " 
" okay, kerja ngan ayah aku esok jom " 
" baik " 

dengan naifnya aku ditipu seperti tipah sesenang begitu hanya dengan umpanan duit. tidak sekali terlintas langsung di benak fikiranku yang aku akan melangkah ke alam pekerjaan yang tidak wajar dan sesuai untuk seorang pelajar yang suci, muda dan tidak berlemak seperti diri ku sendiri ini

scene 2, 07/12/2010 :  

maal hijrah, awal muharram, cuti awam, hari pertama aku bekerja. aku ditipu lagi. mungkin ini memang takdir tuhan sebagai persediaanku menghadapi panggilan atas pada hari-hari yang kan mendatang sambil ku bergelar doktor. berpakaian kemas, segak memanglah bukan kegemaranku, akan tetapi hanya demi memenuhi kriteria yang telah dinasihatkan berulang-ulang kali oleh si kaunselor berbadan besar di perut sekolah lama ku di ipoh, aku sekali lagi tertipu sesenang indonesia menuding jari ke penyokong harimau malaya yang menggunakan sinaran mulut laser sebagai alasan kekalahan mereka di perlawanan final pertama AFF Suzuki Cup 2010

scene 3, 08/12/2010 until 28/12/2010 :

letih juga. tak berpeluh pun padahal. dari ktm, ke lrt, ke kancil, ke myvi, ulang-alik setiap hari dari bandar utama yang sebelum ini aku hanya mampu jejakkan kaki 2 kali kini telah menjadi tempat permainan ku. nasi lemak makcik gila bole di sebelah al-saffa akan terpahat menjadi kenangan terindah meskipun sempat meracuni perutku pada hari terakhir ku. kerenah rakan-rakan sekerja yang sememangnya jauh lebih berumur dari aku kadang-kadang mencuit hati ku di samping menyentuh perasaan pada masa yang sama. ketidak puasan hati, perasaan memberontak, semuanya sentiasa bermula awal lagi dari dalam perjalanan ke bangunan first avenue itu pada pagi hari sehinggalah pada malam hari di mana si bos akan belanja hamba-hamba kerjanya. hari terakhirku tiba dan pada sepuluh minit terakhir itu, perasaan yang aku tidak pernah sangka akan hadir tiba-tiba memunculkan diri. hatiku bagaikan sedih tidak berlagu, menangis tidak berair. 'akak-akak' yang aku hanya ber'aku engkau' untuk tempoh masa hampir sebulan semuanya menutup muka, menahan perasaan, serta melindung emosi yang sebenar dengan lawak yang hambar dan kata-kata yang spontan. meski aku dapat melihat kemerahan mata masing-masing, aku hanya mampu senyum menandakan tanda terima kasih atas memberi ku pengalaman yang sangat luar biasa bagi seorang pelajar yang tidak cukup matang seperti ku untuk rasa. 

Friday, November 12, 2010

tiada lagi

aku dah kata aku sunyi. aku bagitahu kau, kau bagitahu orang. apa nak buat? baik aku bagitahu semua orang


sekolah raja muda seksyen 4 & sekolah rendah agama seksyen 3, shah alam
waktu ini aku masih mentah. jangankan kata nak mengenal dunia, bahkan nama sendiri pun baru ku nak kenal. 6 tahun berlalu, semua berpisah. mengambil haluan masing-masing, sumpah ku menyesal hingga hari ini sebab tidak berkesempatan mengenali dengan lebih dekat kesemuanya. yang paling ku menyesal adalah tidak mengenali rakan karib ku sendiri. i took you for granted. tuhan lebih menyayangi kau, kawan

sekolah tuanku abdul rahman, ipoh
berani. aku berani mencuba benda baru. aku berani mendekati mereka yang berloghat pekat negeri masing-masing, mereka yang mengamalkan gaya hidup kampung halaman masing-masing,mereka yang berpersonaliti aneka ragam. mereka umpama jutaan jenis warna di dalam dunia ini dikumpulkan di bawah satu bumbung. dan aku, aku adalah hasil campuran semua jenis warna-warna itu. mereka ini lah yang sebenar-benarnya membentuk aku menjadi apa yang orang di sekeliling ku lihat ada pada diriku kini. walau langit tak selalunya indah, ia juga tak selalunya hujan. aku hargai setiap dari mereka walau apa yang terjadi pada masa yang akan datang. kehadiran hanya satu jantina sahaja membuat semuanya lebih bermakna. dari utara, selatan, timur dan barat mereka datang untuk berkumpul di alma meter ini, ke situ jugalah mereka pulang setelah 5 tahun berjuang bersama-sama. tiada lagi gelak ketawa, menangis sedih, jeritan amarah dapat dikongsi bersama. pulanglah aku keseorangan ke shah alam

kem plkn princess haliza, sepang
kejutan budaya dan dunia sebenar. 2 istilah yang paling tepat yang mampu ku memperkatakan daripada pengalaman yang ku alami di sini. kehadiran pelatih-pelatih dari sabah dan sarawak membuat semuanya lebih menarik. kematangan yang telah tersemat di dalam diri masing-masing sebelum aku mengenali mereka membuat tarikan antara kami tidak serapat aku bersama rakan-rakan ku di 2 tempat sebelum ini. akan tetapi, di sinilah sebenarnya tempat ku mengenali dunia realiti. kadang kala dunia ini boleh ku katakan indah khabar dari rupa. walau hanya 3 bulan ku jejak kaki di sini, banyak impak yang besar telah ku terima. seperti biasa, aku pulang ke bandar halaman ku keseorangan

international education centre, shah alam
diriku kerdil. berdiri di bawah satu bumbung dengan ratusan pelajar yang mempunyai kualiti intelektual lebih tinggi dari aku sekiranya berdasarkan keputusan peperiksaan besar yang telah kami semua duduki pada satu masa yang lalu. setelah diamati, aku sedar, setiap satu dari kesemua pelajar di sini mempunyai personaliti tersirat. kiranya satu hari itu, aku dimarahi teruk oleh salah seorang dari mereka hanya kerna berborak dan gelak ketawa di tengah malam. aku memandang serong pada beliau untuk satu jangka masa yang agak panjang. akan tetapi setelah mengenali hati budinya, aku dapat rasakan personalitinya lebih menarik dari diriku yang kerdil ini. ku amati-amati lagi kesemua diri pelajar yang lain termasuklah yang berlawanan jantina dengan ku,dan hasilnya? semuanya mempunyai personaliti yang tidak ditonjolkan keluar. apa yang berada di luar tidak langsung sama sekali dengan yang di dalam. each and every one of them have their own story,what's your story? hal ini membuat aku lebih tertarik untuk mengenali mereka semua lebih mendalam. bukti bagi setiap dari mereka untuk menjejak kaki ke sini terpancar di dalam keputusan masing-masing yang secara tak langsung memberi aku semangat yang luar biasa untuk menghadapi kehidupan di sini. namun, keadaan di sini berbeza dengan di ipoh. keadaan di sini berbeza dengan di sepang. di sini tempat ku belajar, di sini jugalah tempat tinggal ku. mereka hadir ke sini, kemudian mereka pulang. mereka temani aku di sini, mereka tinggalkan aku di sini

keseorangan aku di sini, masih, dari dulu, hingga kini. kawan, sahabat, teman, rakan semuanya mempunyai haluan masing-masing. kita tidak tahu apa yang bakal menimpa kita. walau kau berada sedekat di negeri ku sendiri, atau pun sejauh di sisi lain dunia, kau kan selalu ku hargai, sentiasa

Wednesday, November 10, 2010

topeng manusia

ada dua jenis manusia yang paling aku benci kat dunia ini, yang hipokrit dan yang bertopeng

once upon a time during national service,

we are told to have masks. topeng yang perlu kita pakai bersesuaian dengan keadaan. topeng yang sentiasa senyum, topeng yang sentiasa bermuka sejuk, topeng yang sentiasa mengeluarkan kata-kata manis untuk bos.

tapi bila topeng itu dibuka, kata-kata kesat dikeluarkan. mengumpat dijadikan perkara biasa. pisau tajam disediakan untuk menikam rakan seperjuangan dari belakang


dan ku terfikir, 
aku adalah aku yang sentiasa dan akan kekal setia menjadi aku. 
aku tidak perlu berpura-pura untuk dapat pujian. 
aku tidak perlu berpura-pura untuk dapat kawan. 
dan sudah pasti aku tidak perlu berpura-pura untuk mendapat cinta


tapi...

itu aku, orang lain?


alangkah indahnya dunia ini kalau manusia mampu berterus-terang. berterus-terang tanpa rasa kesal, tanpa rasa malu. berterus-terang dengan rasa bangga, dengan rasa suka. tak ada hati terluka, hanya hati yang lega

"it's better to tell the truth poorly, than to lie well"
                                                                                             - david christiansen -


ada dua jenis manusia yang paling aku benci kat dunia ini, yang hipokrit dan yang bertopeng. come to think of it, both of them are the same -.- 

Saturday, October 23, 2010

jangan menyerah

it happened when I was in calgary, canada earlier this year. I stayed at my brother's place. it was his last semester in a medical school there. heck, it was just a few days before his final exam. we were 'lepak'ing and jamming together. fyi, he doesn't really know how to strum the guitar the proper way but he kinda have a good voice. 

he said " tau lagu ni tak? "

" lagu apa pulak? " I answered as if we were playing a game 'jawab dengan soalan'

" lagu ni ha " he showed me the song on youtube

then he continued " lagu ni abanglong jadikan lagu pembakar semangat setiap hari. nak jadi doktor bukan satu benda senang. lagi-lagi kalau belajar kat luar negara. canada ni tak ramai orang MALAYSIA. kita kena pandai jaga diri tak kisahlah kat mana kita berada even kalau kat negara sendiri. setiap kali rasa nak terjatuh, 
just keep your head up,  
                      face the world and smile "

and I fell in love with the song 


video

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa 

Jangan menyerah

i'll do it my way

the story goes like this, I was chosen to be the project director for this little event and they said its up to me on how I wanna do it, just that it must be cheap. and so it begins..

the preparation

I said, to save budget, let's do it at INTEC's (International Education Centre) Great Hall
feedback     : kami nak hotel
my reaction : I drove my parent's car all over shah alam, searched for the most cheap but high  quality hotel

I have found the cheapest but delicious food served at a hotel, but I want to make it a surprise
feedback     : tell us the menu
my reaction : that'll ruin the surprise
feedback     : oh yeah

the next day

feedback     : tell us the menu
my reaction : that'll ruin the surprise
feedback     : oh yeah

this continued for 2 weeks

feedback     : tell us the menu or we wouldn't come
my reaction : (well, the menu of course) 
feedback     : that's delicious! but thanks for ruining the surprise
my reaction : -_-

the dinner

we set up the venue 4 hours before the dinner. sadly, the VIPs couldn't come at the very last minute


I said, well, what to do, to make it more interesting, I wanna make it an informal dinner
feedback     : kau patutnya buat formally, kalau kitorang dulu, bla bla. baru best
my reaction : ....

the projecter suddenly broke and there were no sounds for the multimedia presentation

I said, the multimedia presentation is not important, it'll be just there for the guests to watch during eating whether they want to or not
feedback     : kau suka ambil mudah semua benda kan? kau mesti tak prepare apa apa langsung. kau mesti harapkan orang lain je buat kerja. tengok apa jadi sekarang?
my reaction : (become impatient but still under control) aku datang awal kau tau ke? jangan pakai cakap je.
feedback     : kau takleh buat macam ni. kalau kitorang dulu (again? -_-) waktu presentation, lampu semua tutup, semua orang tak makan, semua tengok presentation senyap-senyap
my reaction : (seriously I was about to explode but with a soft voice I said) sabarlah, lepas ni kitorang ada games and lucky draw. lagi best (with a ****ing fake smile)


and the dinner continued well with everybody enjoying all the foods, activities and games. there were lots of laughs and joy that night. i guess the dinner turned out well anyway


now, the real deal - kalau nak aku organize, aku buat cara aku la. kalau kau nak ikut cara kau, kau buat sendiri lah. aku tau, waktu korang dulu, mesti 'best gila'. muka aku serabut, muka pemalas, tak bermaksud aku tak ada tanggungjawab. jangan buat assumptions sendiri. aku tau apa aku perlu buat, I need your guidance, not instructions. you hear me? a wise man said to me the end result reflects our efforts, and at the end, everybody had a blast, now what do you think then? you messed up with the wrong guy this time. sebab bagi aku, apa aku kisah, aku just akan buat cara aku, so you just have to live with it

kediaman idaman

CENDANA

3 minit dari rumahku,
tepi pasar, 
tepi balai polis, 
tepi padang bola, 
hadapan surau, 
disediakan court futsal, 
disediakan court bola keranjang, 
ramai rakan seperjuangan, 
no girls


SEKSYEN 3

3 minit dari kolej kediaman yang disediakan kerajaan untukku,
keluarga tercinta 


i think the one and only reason for me to stay at home kinda overwrites all the reasons to stay at my college. but i feel its just wrong to stay at home when you have the chance to spend your time with the guys that will take the same exams as you do. plus, its just for a short 2 years. okay fine, not too short i guess. but still, i can always go back home whenever i want to. but then again, after that not-so-short period of time, with God's will, i'll be going to a place further. meaning no time for home at all.

so, which is more preferrable do you think? hmm?